Gerakan Mahasiswa

SUSAHNYA NAK HENTIKAN BENDA NI !!






Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Ana masih diberi kekuatan untuk terus menulis. Tertarik dengan isu ecstacy..satu drug y cukup popular sekarg. Apa y ana tau, pil ecstacy ni org panggil pil setan atau pil surga. Pil ini sangatlah berbahaya dan memberi ancaman kepada masa depan dan akhlak generasi muda.


Di AS misalnya, pil setan ini muncul pertama kali tahun 1960-an dan disebut Pil Cinta. Cuma ia tak sehebat sekarang. Pil ni mula popular di AS pada tahun 1980-an dan menghilang akhir dekad itu juga. Sedang di Inggris pil ini menjadi trend pada akhir tahun 1980-an, dan hanya bertahan hingga awal tahun 1990-an. Masa tu London memang terkenal dengan pesta y dipanggil pesta gila-gilaan di kalangan remaja. Ratusan atau bahkan ribuan anak muda berpesta ria di gudang-gudang tua untuk menghindar dari kejaran dan intaian polisi. Keadaan waktu itu barangkali tidak berbeza jauh dari apa yang dilakukan oleh sebagian kalangan muda di kota-kota besar di Malaysia pada saat ini.

Keratan kosmo bertarikh 18 0gos 2009 tulisan SHANIKA ABDUL LATIB menunjukkan seorang pelajar institusi pengajian tinggi dengan bangganya memberitahu bahawa beliau adalah pengunjung setia kelab malam dan pelanggan tetap pil ekstacy. Mahu dikenali sebagai Ryan, gambaran bahawa dirinya seorang yang garang nyata meleset apabila suaranya cukup menyenangkan sepanjang dua jam berbual.




“Saya sendiri dah lupa bila mula ke kelab malam. Kalau tak salah, semasa di tingkatan tiga. Itu pun curi-curi masuk kerana belum cukup umur,” bicaranya.


Menyentuh mengenai pengambilan dan penjualan dadah di kelab malam, Ryan memberitahu, kebanyakan pengunjung mengambil pil seperti ekstasi, eramin 5 dan syabu atau ice. Setahu Ryan, kebanyakan mereka mendapat bekalan dari luar.


“Saya sendiri ambil ekstasi. Tapi untuk mendapatkannya, saya mengunakan orang tengah dan mengambilnya sebelum ke kelab.


Sambungnya, kebanyakan yang mengambil pil adalah mereka yang gila menari terutama yang menggemari lagu-lagu dan tarian pantas seperti shuffle. Lelaki yang berasal dari Sabah ini menjelaskan, keperluan tenaga yang luar biasa amat penting bagi golongan ini untuk terus menari sehingga berjam-jam lamanya.


“Untuk mendapatkannya, saya tak berani cakap. Ada 1,001 cara mereka untuk mendapatkannya. Harganya pula, tak menentu,” ujarnya yang turut mendedahkan, kebanyakan pengguna pil dadah ini tergolong daripada golongan belasan tahun.


Apabila ditanya mengenai dadah yang diambilnya serta tentang pil apakah yang menjadi kegemaran pengunjung kelab malam yang lain, Ryan terdiam sejenak sebelum menyambung bicara.


“Ekstasi. Itu yang paling mudah dan okey. Lainnya, mungkin 5 (eramin 5) yang sejak kebelakangan ini menjadi kegilaan budak muda. Harga pula, paling murah, RM50 sebiji,” jawabnya.


Kini, tatkala umurnya yang bakal mencecah 25 tahun, Ryan masih lagi ligat mengunjungi kelab malam sekiranya ada kelapangan bersama rakan-rakannya.


“Susah nak berhenti. Namun, satu yang boleh saya katakan, sehingga kini, aktiviti ini belum lagi menjejaskan tugasan rasmi saya di tempat saya. Jadi, tak ada masalahkan?” katanya bersahaja.
Inikah bakal pemimpin dunia masa depan??Renung2kan..

0 Komentar: