Gerakan Mahasiswa

"GELORA HEDONISME"

Bagai isi dan kuku,itulah peribahasa yang sesuai untuk dikaitkan antara hedonisme dan masyarakat.Andai hilang hedonisme maka tidak lengkaplah kehidupan seseorang. Perkara ini ditujukan terutamanya kepada diri ini yang sentiasa terkandas dalam hasutan dan tipu daya makhlukNya. Sebelum bergerak kehadapan adakah kita mengetahui apakah itu sebenarnya hedonisme? Hedonisme ialah hiburan yang terlampau. Bila terlampau maknanya ia membawa kepada kelalaian, kalau tidak percaya cek pada diri sendiri dan belek-belek semula apa yang kita sudah buat sepanjang tempoh pernafasan.Pernahkah kita terlalai dalam menunaikan ibadah dan tugas-tugas lain disebabakan oleh hiburan. Hiburan disini bukan bererti menonton television sahaja tetapi termasuk sukan,video game dan lain-lain lagi.Tepuk dada Tanya diri.

Budaya hedonisme yang semakin berkembang biak di peringkat antarabangsa bukan hanya memberi kesan kepada masyarakat sahaja tetapi kepada golongan cerdik pandai yang digelar mahasiswa/i. Siapakah itu mahasiswa/i ?adakah aku mahasiwa/i?Apakah peranan aku sebagai mahasiswa/i? mungkin itu persoalan yang perlu dirungkaikan supaya ia dapat dilihat dengan lebih jelas.Namun demikian, jika hal-hal ini diuraikan hanya segelintir sahaja yang akan cakna berbanding benda-benda hiburan?betul atau tidak jawaplah sendiri. Kita kena ingat akal yang di anugerahkanNya bukan untuk memikirkan perkara murah tetapi perkara mahal.Hal ini kerana makhluk lain tidak diberikan keistimewaan,andaikata akal kita boleh didermakan kepada makhluk lain,baik beri sahaja kepada mereka,mungkin mereka lebih memerlukan.Saya bukan hendak menghina ciptaan Allah tetapi sikap kita yang suka salah guna nikmat termasuk penulis artikel ini di tahap membimbangkan sehingga boleh membawa kepada kufur nikmat.

Jika mahu dikaitan dengan sirah selama kurun waktu 13 tahun kaum musyrik menuduh Rasulullah s.a.w sebagai pembohong.orang gila dan pelbagai tohmahan lagi.Ketika baginda berdakwah mereka mendustakan dan menghinanya. Tidak cukup dengan itu,pengikut-pengikut Rasulullah s.a.w juga menerima nasib sama sehingga ada yang diseksa mati. Contohnya keluaga yasir .Itu di zaman baginda apabila tiada teknologi digunakan, namun apabila dunia makin maju dan tiada had sempadan maka hiburan di gunakan sebagai langkah untuk mematikan umat islam. Selain itu,pelbagai propaganda dilakukan oleh tiga golongan yang dengki dengan islam sehingga orang melihat agama islam sebagai terrorist.Ada lima pancaindera diberikan jadi gunakannya selagi diberi kesempatan.Jangan nak harapkan suapan orang lain ada tangan suap sendiri ada kaki bergerak mencari identiti diri.


Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) pernah berkata masa belajar dulu di pergi ke pasar dia dengar 'topik yang dibincangkan sekarang sama sahaja dengan pekerja kilang iaitu hiburan' dan jika dilihat sekarang lambakan Universiti menyebabkan mahasiswa/i yang dihasilkan kurang berkualiti kepimpinan dan soft skill kerana terlampau mengejar pointer ditambah lagi ada yang masuk universiti tanpa matlamat yang jelas sehingga mereka hanya memikirkan hiburan dan membawa kepada masalah zina,buang anak ,anak luar nikah dan lain-lain lagi.Semuanya kerana hiburan,jika di fikiran seharusnya mahasiswa tidak ada masa unutk memikirkan hiburan tetapi sentiasa sibuk dengan agenda pembangunan ummah.Apakah puncanya?adakah terdapat kelompongan pada system pendidikan itu sendiri?dan apakah peranan mahasiwa/i islam dalam menyedarkan masyarakat kampus?”


Saya berfikir bahawa tidak perlu memberi jawapannya kerana infiniti,disamping itu saya juga ingin membiarkan anda semua berdiskusi supaya otak kita sama-sama kembang biak.


Wahai pemuda pemudi tahukah kita bahawa musuh sudah lama mengatur strategi dan menyusun tentera untuk memusnahkan dan merempuh kita tetapi kita masih tidak sedar dan sedap bergembira sedankan saudara yang lain sengsara.

Wahai pemuda bukalah mata mu,bangkitlah dari lena yang panjang dan berjuanglah sebagai perwira yang berjasa.Wahai puteri bangunlah dari mimpi yang palsu dan peliharalah maruah dan agamamu.Mengapa derita yang dicari sehingga maruah dan masa depan islam digadaikan.Sedarkah kita bahawa kita adalah harapan keluarga,Negara,dan agama. Ingatlah kita bahawa Keluarga dan Negara memerlukan kita sebagai pemimpin dan penyeri kehidupan, namun kita kena sedar bahawa islam tidak memerlukan kita tetapi kita memerlukan islam dan ini merupakan fitrah manusia. Jangan tersemat dalam otak kita bahawa agama kita memerlukan kita,andai itu yang kita fikirkan tune semula otak kita supaya kita lebih ikhlas dalam perjuangan.

Firman Allah:

“sesungguhnya Allah tidak merubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka merubah kepada keadaan yang sedia ada pada diri mereka”-surah Ar-Rad:11


Ayat diatas memberi tahu,perubahan yang dilakukan berpandukan usaha yang jitu pasti mampu mengubah diri . Namun demikiaan,melihat kemajuan yang dilakukan ini sebenarnya memakan diri sendiri dan masyarakat sama ada didalam atau luar Negara.Apabila pembangunan dan hiburan dilakukan sesuka hati tanpa sempadan maka laknat Allah bakal menanti dan telah terjadi.
Sedar atau tidak hiburan terlampau merupakan salah satu pembangunan yang bersifat luaran dan tanpa pemantapkan dalaman menjadikan manusia terlalu ‘takut’ dengan Allah s.w.. dan tanpa diduga pelbagai kejadiaan aneh telah berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini antaranya Tsunami yang melanda aceh,kejadiaan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa,taburan hujan yang tidak menentu,dan pelbagai lagi kejadian.Kita sepatutnya bersyukur kerana masih diberi denyutan jantung dan peringatan daripada Allah.Tetapi adakah tidak cukupkah dengan amaran itu.

Firman Allah:

“..dan apabila Allah mengkehendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana(disebabkan kesalahan mereka sendiri) maka tiada siapa pun dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya”-surah Ar-Rad:11


Allah sediri telah memberi peringatan kepada kita supaya jangan buat kerosakan tetapi sikap manusia yang degil dan tidak patuh kepada arahan Allah memakan diri sendiri.

Wallahu’alam…

2 Komentar:

*Laman Koleksi Hidayah* said...

salam.
thanks 4 the info.
actually x th mksud pn ape tu hedonisme
but then i searched..and put the article at my blog.
i also copy paste the bab-1 virus,
u have talented in writing,keep it up.

syuhada' said...

Assalamualaikum, thanks 4 da tazkirah. Salam perjuangan.