Gerakan Mahasiswa

"SIAPA LUCUT SIAPA?"

Akhbar nombor 1 Malaysia hari ini telah mengeluarkan berita mengenai "lucut kerakyatan hina raja" dengan isi kandungannya hasil daripada pandangan mufti terkenal iaitu Tan Sri Harussani Zakaria dan segala isi kandungan tertakluk seperti di bawah.Lucut kerakyatan hina raja – Mufti

PUTRAJAYA 12 Ogos – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengingatkan kumpulan ekstremis dan pelampau bahawa tanpa institusi raja yang menjaga golongan majoriti orang Melayu, negara ini tidak mungkin aman.

Tegasnya, kerana institusi rajalah, negara ini yang suatu ketika dikenali Tanah Melayu kemudian Malaya seterusnya Malaysia terus kekal stabil dan makmur didiami pelbagai kaum.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan ekstremis yang cuba mewujudkan unsur perpecahan dalam negara.

“Benda ini (menghormati institusi raja dan agama Islam) sudah ada dalam Perlembagaan Negara, kalau tidak suka, keluarlah dari negara ini.

“Selama 52 tahun negara kita aman makmur, tiba-tiba ada pihak cuba hancurkan semua ini, sengaja nak buat kacau.

“Dulu mereka diberi kerakyatan setelah setuju mahu patuhi syarat-syarat yang diberi, kalau tak suka lagi, keluarkan mereka dan kalau ada orang Melayu sendiri tak suka, keluarkan juga mereka dengan melucutkan kerakyatannya,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Beliau mengulas kemarahan orang Melayu terhadap kandungan satu blog baru-baru ini menghina Islam, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah serta Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

Sebelum itu pelbagai pihak turut mengkritik tindakan Exco DAP negeri Selangor, Ronnie Liu yang campur tangan dan mempertikaikan tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merampas minuman keras di Seksyen 8, Shah Alam dan tindakan Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Jeff Ooi mengaitkan syariah Islam sebagai ekstremis.

Menurut Harussani, setiap orang Islam wajib mempertahankan agamanya daripada dihina oleh mana-mana pihak dan tidak seharusnya menyokong penghinaan itu dengan apa sahaja alasan.

“Jangan kerana politik, mereka sanggup menjual agama. Dalam Islam, kita diwajibkan untuk pertahankan agama daripada dihina, bukan melakukannya kerana kepentingan diri,” katanya.

Pada masa yang sama, kata beliau, Islam juga tidak membenarkan umatnya menghina agama lain kerana perbuatan saling menghina itu hanya akan menyebabkan berlaku suasana tidak tenteram.

saya tertarik dengan ulasan:
“Dulu mereka diberi kerakyatan setelah setuju mahu patuhi syarat-syarat yang diberi, kalau tak suka lagi, keluarkan mereka dan kalau ada orang Melayu sendiri tak suka, keluarkan juga mereka dengan melucutkan kerakyatannya,”

daripada ulasan tersebut pelbagai persoalan timbul,antaranya:

siapakah yang beria-ia ingin menuntut kemerdekaan?

kenapa perlu terima kaum lain sekiranya inginkan kemerdekaan?

kenapa suatu ketika dahulu kita hanya mengikut telunjuk British tanpa menentangnya?

semuanya gara-gara ingin menuntut kemerdekaan.Ia,memang benar setiap orang inginkan kebebasan,namun demikian kita perlu melihat kembali sejarah yang terdahulu dan kesannya terhadap masyarakat pada hari ini.Andaikata golongan terdahulu benar-benar memperjuangkan kemerdekaan,kenapa mereka tidak menentang British?sebaliknya bekerjasama dengan British.

Persoalan seterusnya:

Bagaimanakah golongan yang dikatakan sebagai ekstremes ini boleh wujud dan siapakah sebenarnya ekstremes dan apakah itu ekstremes?

kita pasti tertanya-tanya bagaimanakah golongan ini wujud dan kenapa mereka digelar sebagai ekstremes sedangkan golongan ini kebanyakannya hanya bebas bersuara seperti termaktub dalam perkara 10 perlembagaan persekutuan.Kadangkala media banyak menggembar-gemburkan cerita dan hasil daripada media juga punca berlakunya peristiwa 13 mei 1969.Jadi siapakah ekstremes sebenar?adakah pihak media atau rakyat itu sediri.

Selain daripada itu kita melihat apabila berlaku sesuatu isu yang melibatkan bangsa,negara dan agama baru sibuk mahu mencari mufti atau golongan agama.Kenapa bukan pemimpin sahaja yang bersuara?adakah mereka ini hanya cakap sahaja tetapi tidak tahu apa yang diperjuangkan atau bertujuan untuk kepentingan parti-parti politik tertentu.

Bagi pandangan saya,seorang mufti dan seorang yang faqih dalam ilmu agama tidak seharusnya mengeluarkan statement sedemikian rupa kerana ia boleh menjatuhkan reputasi sebagai seorang ilmuan agama.Selain itu ia seolah-olah mengeruhkan lagi keadaan dan kemungkinan berulangnya trajedi 13 mei1969.

Kita tidak perlu menyalahkan sesiapa sebaliknya kita perlu mencari jalan penyelesaian dengan memberi penerangan tentang islam,perbanyakkan wacana,forum dan debat-debat terbuka.Bukan untuk kepentingan kita tetapi masyarakat.Kita juga perlu sedar bukan raja yang memberi keamanan kepada kita tetapi Allah dan raja hanyalah penyebab kepada keamanan sesebuah negara.Persoalan disini "siapa perlu lucut siapa".



0 Komentar: