Gerakan Mahasiswa

"SELAMAT BERJUANG"

Sejak akhir-akhir ini,keadaan dalam dan luar negera berada di tahap kritikal apabila pelbagai isu politik,pembunuhan dan kesihatan menjadi tajuk popular di dada-dada akhbar.Isu tergempar ialah penemuan satu virus yang dikenali sebagai virus H1N1 atau lebih sedap didengar virus selesema babi.Isu paling hangat,hilangnya kapal terbang Airbus di lautan atlantik dan kaitannya dengan terroris.Paling hebat isu pilihanraya di Iran sehingga menyebabkan kecederaan dan kematian.Namun tidak di lupakan,peristiwa trajis berlaku apabila ramai saudara islam di selatan thailand mati dibunuh bagaikan binatang buas yang mengancam nyawa manusia.Paling sensasi ialah 5 siswa UM diburu polis,2 berjaya ditangkap dan diikat jamin,manakala 3 lagi suspek masih diburu polis.



Sedar atau tidak,semua yang berlaku pasti ada sebab dan dalangnya. Jika kita melihat semula rentetan peristiwa bermula dengan virus,kehilangan Airbus,pilihanraya iran,pembunuhan di selatan thai dan penangkapan siswa UM.Semuanya mahu menghapuskan orang islam.

Kenapa???



Sejak akhir ini kebangkitan umat islam diseluruh dunia telah membimbangkan golongan-golongan anti-islam.Pelbagai cara telah dilakukan termasuk virus yang ada kemungkinan di cipta barat bertujuan untuk menghapuskan umat islam walaupun terpaksa mengorbankan nyawa yang tidak berdosa.

Tidak cukup dengan itu,penemuan bangkai kapal terbang Airbus dan berpuluh mangsa yang terbunuh di lautan atlantik sudah mula dikaitkan dengan terroris.Hal ini kerana,pakar-pakar barat menyebut kapal terbang kemungkinan meletup di udara kerana serpihan bangkai yang dijumpainya menunjukkan ada kesan letupan.

Selain daripada itu,demostrasi yang membantah kemenangan Ahmadenijad di Iran mewarnai kancah dunia.Hal ini seolah-olah didalangi oleh barat kerana takut dengan kelantangan Ahmadinejad.Walaupun Ahmadinejad seorang syiah kita tidak perlu menganggap ia sebagai musuh kerana beliaulah yang banyak mengkritik golongan Pro-Barat.

Isu selatan thai yang sepatutnya menjadi sensitif kepada umat islam terutamanya di Malaysia seolah-olah seperti melepaskan batuk ditangga.Kerajaan Thai mengatakan pembunuhan dilakukan oleh pejuang pemisah islam supaya menimbulkan huru-hara.Apakah ini semua? PAS yang dikatakan membawa islam seolah-olah tidak mengambil endah.Tidak cukup dengan itu,kerajaan pimpinan UMNO seolah-olah melepas tangan.Inilah dia pejuang melayu dan islam.Melayu terus dengan melayunya tanpa sedikit pun sifat sensitiviti.Pejuang islam di malaysia pula,seolah-olah duduk diam dan tunggu sehingga menjadi parah.

Latest news,5 orang siswa yang cintakan islam menjadi target men oleh polis disebabkan tuduhan menconteng dan cubaan membakar dewan akademik pengajian islam Um. Contengan yang menulis "c4","bini puaka" dan "pembunuhan Altantunya" seolah-olah dilakukan oleh mahasiswa islam.Hal ini kerana mereka melihat mahasiswa islam sebagai pembangkang. Kalau diikutkan, penangkapan dibuat kerana bimbang pembersihan nama perdana menteri kita akan terjejas,jadi nak buat kerjapun menjadi susah hati dan ada kemungkinan peristiwa itu benar-benar berlaku.Oleh kerana takut penangkapan perlu dilakukan segera.

Jadi sebagai mahasiswa yang sensitif kita perlu melihat segala apa yang dilakukan bersebab dan bersiap sedia dalam menuju kebangkitan islam.

Bagi 5 orang sahabat saya yang di buru polis,ucapan tahniah dan teruskan perjuangan untuk menyatakan kebenaran.Tiada kemenangan tanpa kesengsaraan.

"Selamat Berjuang".


0 Komentar: