Gerakan Mahasiswa

'SAINTIS MAHU JADI TUHAN'

Saintis dunia semakin gila dan mahu menghancurkan dunia.Tidak cukup dengan itu,mahu mencari kekayaan supaya dapat hidup bahagia. Itu lah orang yang cerdik tetapi letak otak di lutut.Mungkin ungkapan ini agak kasar,tetapi itulah hakikatnya.






Berita melaporkan:

FLORIDA: Saintis di Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) bersedia melancarkan satu misi ke bulan dari Cape Canaveral membawa peluru berpandu untuk dibedil bagi menghasilkan lubang yang dalam, lapor akhbar, semalam.

Letupan itu satu ujian untuk melihat sama ada ia dapat menghasilkan air di atmosfera planet itu. NASA akan meneliti awan di bulan selepas ujian dilakukan bagi melihat sama ada air atau wap terhasil, kata The Telegraph.

Saintis menjangka impak letupan besar itu boleh menghasilkan satu awam besar mengandungi debu, gas dan wap ais bercampur air yang mampu dilihat dari bumi. Jika ujian itu berjaya, kewujudan air akan membantu rancangan masa depan membina sebuah pangkalan di bulan. Keadaan di bulan sebahagian besarnya padang pasir tetapi ais dipercayai terperangkap dalam kawah yang tidak pernah terdedah kepada sinaran matahari.

Misi Satelit Pengesan dan Pemerhatian Kawah Bulan (LCROSS) yang tidak membabitkan manusia, akan melancarkan satu roket 'Centaur' ke bulan pada dua kali kelajuan peluru. Satu lagi pesawat angkasa lepas akan mengorbit bulan selama setahun bagi mencari lokasi sesuai untuk pendaratan angkasawan. Pesawat Orbit Peninjau Bulan dilaporkan akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya setahun bagi menghasilkan peta paling lengkap keadaan permukaan bulan.

Walaupun belum dilancarkan tetapi kita perlu sedar kesannya ke atas bumi dan apa akan berlaku sekirannya tiada bulan?

Semasa di sekolah,kita di ajar bahawa pasang surut air ada kaitannya dengan bulan,begitu juga dengan gerhana bulan dan matahari.Selain itu,adakah ia akan membawa berakhirnya alam dunia.Kesan yang lain akan menggangu kestabilan orbit di cakrawala.Apabila sistem cakrawala tidak stabil maka akan berlagalah antara planet-planet dan akan membawa kepada Qiamat.Namun ini semua menjadi persoalan.Apabila saintis mahu mengambil alih kerja Allah.

Menurut NASA :

In an article posted at NASA's Ames Research Center site entitled'Asteroid and Comet Collisions with Earth', investigators Owen B.Toon, Kevin Zahnle, and David Morrison point out that fragments as small as one kilometer across would be enough to wipe out all life on Earth. Seeing as how the Moon is 3,474 km in diameter, that's quite a load of Moon rock to rain down on Earth.

Namun demikian.kita perlu mengetahui bahawa saiz asteroid hanya 1km dan diameter bulan bulan adalah 3,474km ini menunjukkan dua benda yang berbeza.Sedangkan serpihan asteroid yang saiznya 0.5km yang jatuh boleh menghacurkan separuh bumi,kemungkinan terjatuhnya serpihan bulan boleh menghancurkan seluruh bumi dan isinya.

samalah kita fikirkan.

0 Komentar: