Gerakan Mahasiswa

NABI SULAIMAN DAN KUBAH

Kesibukan kita seharian kadang kala membuatkan kita terlupa akan tanggungjawab kita sebagai seorang anak.tambah-tambah lagi kita yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi . Sibuknya kita dengan pelajaran, assignment,aktiviti fakulti ,dan pelbagai jenis program menyebabkan kita lupa ada insan yang sentiasa rindukan kepulangan kita..iaitu ibu bapa kita..Ambil lah peluang dan masa yang ada berbakti kepada ibu bapa.Gunalah kesempatan menjenguk mereka seketika ataupun bertanya khabar walaupun sesibuk mana urusan kita..



Rasulullah pernah berpesan, ”kasih sayang Tuhan itu bersama dengan kasih sayang ibu bapa.Kemarahan Tuhan bersama dengan kemarahan ibu bapa”.. Betapa istemewanya ibu bapa sehinggakan Allah mengurniakan syurga bagi mereka yang berbakti kepada ibu bapa mereka seumur hidup ibu bapa mereka…Marilah kita renung-renungkan dan mengambil ikhtibar dari kisah Nabi Sulaiman dengan seorang hamba allah yang sentiasa berbuat baik kepada ibu bapanya .



Setiap nabi diberi kelebihan yang berbeza-beza oleh Allah.Allah memberi suatu kelebihan yang hebat kepada Nabi Sulaiman.Baginda menjadi raja pengganti ayahnya. Nabi Sulaiman mempunyai kemampuan memerintah manusia, jin , haiwan , angin dan sebagainya.
Pada suatu hari, Nabi Sulaiman pergi mengembara ke laut bersama bala tenteranya yang terdiri daripada manusia dan juga jin-jin. Baginda mengembara untuk menyelami kebesaran ciptaan Allah .
Semasa Nabi Sulaiman sedang menghayati kebesaran ciptaan Allah di tepi pantai, tiba-tiba baginda terpandang satu benda yang aneh di tengah- tengah laut. Baginda segera memanggil salah seorang askarnya iaitu jin yang bernama Ifrit.
‘’Ifrit, cuba kamu menyelam ke dalam laut ini . Beta terlihat suatu benda yang aneh.Bawakan benda itu ke mari,” perintah Nabi Sulaiman. Ifrit segera melaksanakan perintah itu. Dia terus menyelam ke dalam laut mencari benda yang dilihat oleh Nabi Sulaiman tadi. Tidak lama kemudian , Ifrit muncul kembali ke darat. “ Tuanku, saya menyelam begitu dalam tetapi tidak terjumpa apa-apa yang aneh,”Kata Ifrit dengan hampa.
Nabi Sulaiman memerintahkan jin-jin yang lain pula menyelam , tetapi hampa juga. Benda aneh itu juga tidak dijumpai.Selepas golongan jin gagal mencari menjumpainya, Nabi Sulaiman memanggil pula askarnya bernama Ashif bin Baerkhiya,seorang manusia biasa.”Sekarang, beta perintahkan kamu turun ke laut dan carikan beta benda aneh itu,” perintah Nabi Sulaiman kepada lelaki itu.
Ashif bin Bearkhiya pun segera menyelam ke dasar laut dan mencari benda aneh itu.Sedang mencari-cari, tiba-tiba dia terpandang benda yang bersinar-sinar berbentuk kubah yang besar di dasar laut. Dia pun menghampiri kubah itu. Kubah itu amat unik dan diperbuat daripada kapur putih.
Dengan kekuatan yang luar biasa, Ashif membawa kubah itu naik ke darat dan dipersembahkan kepada Nabi Sulaiman.Nabi Sulaiman cuba melihat ruang di dalam kubah tetapi tidak mampu.Kemudian Nabi Sulaiman menadah tangan memohon kepada Allah supaya diberi kemampuan melihat isi di dalamnya.Permohonan baginda diperkenankan.Terbuka kubah itu.Nabi Sulaiman melihat seorang pemuda sedang bersujud dan memuji-muji Allah.Nabi Sulaiman terpegun melihat lelaki itu.
“Maha suci Allah”,kata Nabi Sulaiman,kagum dengan keistimewaan yang diberi tuhan itu. Pemuda itu terdengar suara Nabi Sulaiman memuji Allah.Lalu dia bangun daripada sujudnya dan member salam hormat.”Siapakah saudara ,wahai pemuda?Adakah saudara malaikat,manusia ataupun jin?”Tanya Nabi Sulaiman .”Saya adalah manusia biasa,”jawab pemuda itu.Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda itu bagaimana dia mendapat keistimewaan itu.
Pemuda itu menjawab,”saya berbakti kepada kedua-dua ibu bapa saya.Saya menjaga mereka sehinggalah mereka tua.Kedua –dua ibu bapa saya taat kepada Allah. Semenjak saya kecil hinggalah dewasa, saya dijaga dan dipelihara dengan sempurna. Mereka selalu memohan kepada Allah supaya saya menjadi orang yang taat dengan perintah Allah.”
Kemudian dia menyambung ceritanya lagi. “Ayah saya meninggal dunia pada usianya tuanya dalam penjagaan saya. Ibu saya pula lemah dan sering kali sakit-sakit. Matanya buta dan kakinya lumpuh. Saya satu-satunya yang menjaga segala keperluan seperti membersihkan badannya dan memandikannya.”
“Segala keperluan makan dan minumnya ,saya uruskan. Saya menyuapkan makanan dan minuman ke mulutnya sebagaimana saya disuapkannya sewaktu saya kecil. Saya selalu memohon kepada allah, dan ibu saya juga bermohon supaya saya dikurniakan ketenangan dan kebahagian dalam hidup. Ibu saya juga bermohon supaya selepas kematiannya nanti saya diberi tempat khusus yang letaknya bukan di bumi dan bukan juga di langit.”katanya lagi.
“selepas kematian ibu saya, saya sering bersiar-siar di tepi laut ini. Tiba-tiba , pada suatu hari saya terjumpa sebuah kubah daripada mutiara. Saya mendekati kubah itu. Kubah itu terbuka sendiri seolah-olah menjempu saya masuk ke dalamnya. Apabila saya masuk,kubah itu tertutup. Saya tidak sedar sama ada saya berada di bumi ataupun di langit. Pemuda itu menghabiskan ceritanya.
Nabi Sulaiman berasa kagum mendengar cerita itu. Baginda ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi latar belakang pemuda ajaib itu.”Saudara hidup pada zaman mana?” Tanya Nabi Sulaiman.”Saya hidup pada zaman Nabi Ibrahim.”
Nabi Sulaiman mengira-ngira berapa umur pemuda itu.Alangkah terkejutnya baginda, umur pemuda itu hamper mencecah 14000 tahun. Baginda merenung wajah pemuda itu.Tidak ada sehelai uban pun dikepalanya. Kulitnya juga tegang dan berseri-seri.
“Bagaimanakah saudara mendapat nikmat dan rezeki daripada Allah di dalam kubah ini. Tanya Nabi Sulaiman lagi.”Selepas saya berada di sini, barulah saya tahu Allah menjadikan syurga untuk saya di dalam kubah ini.”Nabi Sulaiman ingin melihat syurga yang dikatakan oleh pemuda itu. Pemuda itu menadah tangan bermohon agar diperkenankan hasrat Nabi Sulaiman.Suasana kubah yang gelap menjadi terang indah bercahaya. Terkejut Nabi Sulaiman melihat cahaya itu lantas baginda memuji-muji kebesaran Allah.
Terpampang pemandangan yang indah tidak terkata di hadapan Nabi Sulaiman dan askar-askarnya. Sungai mengalir tenang , kebun-kebun bunga yang subur , pohon- pohon merendang, daun-daunan menari mengikut angin, burung-burung berkicauan, kolam madu dan susu terpancar indah.“ini kurniaan Allah kepada saya atas ganjaran bakti saya kepada kedua-dua ibu bapa saya. Ini nikmat yang saya rasai yang tidak ada tolok bandingannya. Saya mendapat rezeki daripada pelbagai sumber dan buah-buahan beraneka rasa. Semua makanan yang saya ingini terhidang.”kata pemuda itu.
“Bagaimana saudara tahu waktu siang dan malam?” Tanya Nabi sulaiman.”Apabila terbit fajar, kubah ini menjadi putih menandakan hari siang. Apabila matahari terbenam , kubah ini menjadi gelap menandakan hari malam.Cukuplah sampai di sini , sekarang saya harus bersembahyang bagi menghadap Allah”kata pemuda itu menamatkan perbualan .
Sesudah mereka berdua berbual panjang, pemuda itu mengucapkan selamat tinggal dan kubah ajaib itu kembali tertutup. Kemudian Ashif mengangkat kubah itu ke dalam laut dan diletakkan kembali di tempat asalnya.Betapa hebatnya ganjaran Allah bagi siapa yang mentaati ibu bapa mereka. Kita hendaklah berusaha menjadi seorang anak yang sanggup berbakti kepada ibu bapa kita.
wasalam

0 Komentar: