Gerakan Mahasiswa

"BABI MENGGANAS"

0 Komentar

Muktakhir ini,kita sering mendengar khabaran mengenai wabak selesema Babi (H1N1) yang semakin menular di seluruh pelusok dunia.Virus ini mula memperkenalkan dirinya di Mexico dan mula mengganas dengan meragut nyawa 149 orang.Tidak cukup dengan itu,wabak ini telah mula melebarkan empayarnya di negara-negara yang berdekatan.Antara negara yang terkena tempias ialah Amerika,Scotland,New Zealand dan beberapa negara lain.Berita melaporkan sebanyak 10 orang di dua Negara tersebut menjadi mangsa keganasan wabak babi.Selain itu,Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran wabak yang dianggap makin mencemaskan itu berpotensi untuk menjadikan pusat ‘pandemik’ atau wabak yang akan merebak di seluruh dunia.


Apakah itu Selesema Babi (H1N1)?


Ia adalah penyakit sistem pernafasan akut yang biasanya menjangkiti babi.Ia tersebar menerusi partikel kecil dalam udara atau sentuhan langsung.Pakar bimbang,lebih banyak ia tersebar,ia akan menjadi lebih mudah berjangkit namun tiada cara untuk meramalkan bila ia berlaku.
Langkah percegahan ialah:


-membasuh tangan dengan kerap
-duduk pada jarak selamat daripada mereka yang dijangkiti.

Bagi penduduk Malaysia,orang ramai diminta segera berjumpa doktor jika ada symptom batuk,demam dan sakit badan. Selain itu,kementerian Kesihatan menguat kuasa serta-merta empat langkah pencegahan.

1.Pemantauan bersama dengan WHO.

2.Pengamal perubatan di sekor swasta di minta melaporkan pesakit yang menghidap selesema atau randang peparu yang teruk dan
individu yang pernah melawat Mexico,California atau Texas selepas 17 April lalu kepada Pejabat Kesihatan Daerah terdekat.


3.Melakukan saringan disemua pintu masuk di Negara ini.

4.Membuat kenyataan akhbar dari semasa ke semasa.


Diharapkan segala usaha yang dibuat memberikan hasil dan dasar perluasan kuasa oleh babi berjaya disekat. Kalau hendak di ungkitkan sejarah beginilah cara orang Kufar menjatuhkan pimpinan Khulafah islamiyah yang terakhir di Turki. Ia dimulakan dengan penaklukan satu kawasan ke kawasan lain.Hal ini di sebabkan kelumpuhan orang islam memudahkan musuh melanyak kita.Begitu juga dengan sistem badan kita bila antibodi gagal berfungsi dah diserang virus semua jadi lumpuh.Setiap yang dijajah pasti ada kesan dan seksaanya kepada orang islam.Begitu juga dengan dasar perluasan kuasa oleh virus babi bezanya ia tidak mengenal sesiapa.Ia akan bertindak kejam pada musuhnya.Setiap yang diseksa pasti sehingga kehujung nyawanya,begitu juga perkara yang dilakukan oleh angkatan tentera babi. Namun demikian,adakah ini satu malapetaka yang tidak kunjung tiba atau satu amarah dari Allah s.w.t.


Seorang doktor pakar jantung dari Indonesia ada menyebut mungkin virus ini adalah ciptaan manusia atau lebih mudah ciptaan orang Amerika kerana unutk melariskan ubat mereka.Tapi ini semua adalah kemungkinan dan masih tidak sahih.
Selain itu,kita juga perlulah mengkaji dengan lebih terperinci penyakit yang boleh hadir melalui binatang.Hal ini kerana sejak kebelakangan ini terlalu banyak virus datang melalui binatang, mungkin sebelum ini kita tidak menyangka sejenis binatang boleh menyebabkan penyakit.Itulah zat Allah,disebabkan sifat Kudrat yang ada padaNya semua yang diingini pasti akan berlaku.

Firman Allah:

‘……bila aku kata jadi maka jadilah’


Dalam ayat ini Allah tidak berkata jadi tetapi Allah mengunakan kudratnya untuk menjadikan sesuatu.Walaupun pelbagai penyakit sudah banyak muncul tetapi kita perlulah meneruskan mengkaji supaya tahap keimanan kita semakin meningkat dan kita lebih dekat kepada Allah..

Wallahu’alam..

Read More..

Ciri-ciri Waktu

0 Komentar

CIRI- CIRI WAKTU

Waktu mempunyai karektor yang tersendiri. Kita wajib mengetahui hakikat sebenarnya dan menggunakannya dengan cara yang bersesuaian dengan karektornya, antaranya ialah:

1. Cepat berlalu

Ia berlalu seperti awan dan bergerak seperti angin. Sama sahaja, samada zaman bersuka-ria dan bergembira atau zaman berduka-cita dan bersedih. Sekiranya hari kegembiraan ia berlalu lebih cepat, manakala hari bermurung-duka ia berlalu dengan perlahan dan lambat. Pada hakikatnya tidak begitu, cuma perasaan seseorang itu sahaja yang merasakan begitu.


“Telah berlalu tahun-tahun secara berterusan dan girang; tahun-tahun yang singkat itu bagaikan beberapa hari.”

“Kemudian tiba pula hari-hari untuk kita meninggalkannya; hari-hari yang panjang itu bagaikan bertahun-tahun.”

“Kemudian berlalu pergi pula tahun-tahun itu dan ahlinya; ia bagaikan mimpi sahaja.”

Sekalipun panjang usia seseorang hidup di dunia ini ia sebenarnya pendek, selagi mana mati adalah kesudahan bagi setiap yang hidup.


“Sekiranya akhir usia adalah mati; maka sama sahaja panjang atau pendek usia seseorang itu.”


Manusia yang hidup menjangkau tahun dan dekad apabila ia mati jangka masa yang panjang itu akan menjadi beberapa detik yang berlalu sepantas pancaran kilat.

Diriwayatkan daripada Syeikh al-Mursalin Nuh ‘Alaihissalam: Telah datang kepada Baginda malaikat maut untuk mencabut nyawa setelah Baginda hidup seribu tahun sebelum dan selepas kejadian ribut taufan melanda. Malaikat itu bertanya: “Wahai Nabi yang paling panjang usianya, bagaimanakah engkau mendapati dunia ini?” Baginda menjawab: “Seperti sebuah rumah yang mempunyai dua pintu, seorang masuk dari salah satu pintu dan keluar melalui pintu yang lain.”

Samada kisah ini sahih atau pun tidak, ia membayangkan kepada kita hakikat yang telah kita akui bersama bahawa jangka panjang usia mengurang apabila tibanya mati. Demikiannya juga ketika berlaku hari Qiamat. Semua manusia merasakan pendeknya masa yang telah berlalu dan terlalu kerdil.

Firman Allah Subhanahu wa ta‘ala:

كَأَنَّهُمْ يَوْمَ يَرَوْنَهَا لَمْ يَلْبَثُوا إِلاَّ عَشِيَّةً أَوْ ضُحَاهَا

Maksudnya:

“(Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja.”
(Al-Nazi‘at: 46)


2. Apa Yang Berlalu Tidak Kembali Dan Tidak Dapat Ditukar-ganti

Ini karektor lain bagi waktu. Setiap hari, jam dan saat yang berlalu tidak mungkin dapat dikembalikan, dan tidak boleh digantikan.

Inilah apa yang diungkapkan oleh Hasan al-Basri: “Tiadalah suatu hari yang memancarkan sinar fajarnya melainkan diseru: “Wahai anak Adam!! Akulah kejadian yang baru, aku menjadi saksi ke atas amalanmu. Maka ambillah bekalan daripadaku; sesungguhnya apabila aku berlalu pergi, aku tidak akan kembali lagi sehingga hari Qiamat.”

Ini bukanlah hadis yang marfu‘ seperti yang disangkakan oleh sebahagian orang, bahkan ia merupakan kalam Hasan al-Basri; Imam ‘Ali Zainul ‘Abidin mengatakan: “Kalam ini hampir menyerupai kalam para nabi.”

Oleh kerana itu, kita melihat golongan penyair dan sasterawan selepas menjangkau usia tua mereka ingin kembali kepada hari-hari muda sekali lagi. Tetapi ia hanya sekadar angan-angan yang tiada berguna lagi, banyak ataupun sedikit. Salah seorang dari mereka mengatakan:

“Mudah-mudahan kiranya muda itu kembali pada suatu hari; maka aku dapat khabarkan apakah yang dilakukan oleh golongan tua.”

Penyair yang lain pula menggambarkan bagaimana umur, hari dan malamnya berlalu pergi tanpa kembali, malahan mereka tidak lagi mengimpikannya untuk kembali:


“Tiada yang lain bagi seseorang melainkan “penunggang” umurnya; pada permusafiran yang membinasakan dirinya dengan hari dan bulan.”

“Bermalam dan berpagi-pagian pada setiap hari dan malam; jauh dari dunia tetapi dekat dengan kubur.”

3. Suatu Yang Paling Bernilai Dimiliki oleh Manusia

Oleh kerana waktu cepat berlalu, apa yang berlalu darinya tidak akan kembali dan tidak dapat digantikan dengan sesuatu pun, justeru waktu adalah suatu yang paling bernilai dan paling berharga dari apa yang dimiliki oleh insan. Waktu dinilai sebagai sebuah “bejana” bagi setiap pekerjaan dan produk. Hakikatnya, ia adalah modal bagi insan, individu atau masyarakat.

Waktu bukanlah hanya sebahagian dari emas, seperti yang disebut dalam perumpamaan yang masyhur, bahkan ia lebih berharga dari emas, mutiara, intan dan semua jenis barang permata yang bernilai tinggi serta batu yang bernilai. Ia adalah seperti yang disebut oleh al-Syahid Hasan al-Banna: “Waktu adalah kehidupan!” Kehidupan manusia sebenarnya ialah waktu yang ia gunakan dari saat kelahiran hinggalah saat kematian.

Dalam perkara ini Hasan al-Basri juga mengatakan: “Wahai anak Adam, Sesungguhnya kamu adalah himpunan beberapa hari, apabila berlalu pergi sebahagian hari maka sebahagian dari diri kamu juga berlalu pergi!.”

Siapa yang tidak mengetahui nilai waktu hari ini, kelak akan tiba suatu ketika ia mengerti nilainya, dan harga beramal padanya; tetapi setelah lenyapnya kesempatan. Berkaitan perkara ini al-Qur’an mengingatkan dua pendirian insan yang menyesal kerana membuang waktu, dan tiada gunanya lagi sesalan.

Read More..

DABBATUL ARDI (PART 2)

0 Komentar

...........bumi dan bukit safa turut bergoncang kerana seekor binatang hendak keluar.Binatang itu dikatakan keluar dengan membawa cincin Nabi Sulaiman dan tongkat.Kemudian binatang itu akan memukul kaum muslimin dengan tongkat di Mekkah.Hendak dikatakan selepas diketuk dengan tongkat ke muka orang mukmin maka mukanya bersinar dan badan putih,manakala orang kafir pula di ketuk dengan cincin Nabi Sulaiman di hidung maka mukanya menjadi hitam.Kemudian tertulis perkataan kafir dan dia berkata ‘DABBATUL ARDI’.Bagi yang tertera perkataan kafir dia ialah ahli neraka manakala tertera perkataan mukminun maka dia adalah ahli syurga.

Tambahan lagi,menurut setengah ulama’ Dabbatul ardi ialah anak unta betina Nabi Soleh.Ia terjadi apabila bani israel telah mencabar Nabi Soleh supaya membuktikan bahawa dia adalah utusan Allah dan mereka akan beriman dengan Allah andai kata mereka dapat melihat batu besar di padang pasir bertukar menjadi unta.Kemudiaan Nabi Soleh menunaikan solat dua rakaat dan berdoa dengan Allah,dengan izin Allah batu besar tersebut bertukar menjadi seekor unta.Unta ini di gelarkan sebagai nakatullah (unta dari Allah) .Walaubagaimanapun, kaum bani israel masih ingkar dan tidak mahu beriman degan Allah. Kemudian unta tersebut beranak pinak dan menghasilkan seekor unta betina.Nabi Soleh telah berpesan “kalau engkau tidak mahu beriman janganlah kamu membunuh unta-unta tersebut dan biarkanlah ia bebas”.Namun demikian bani israel laknatullah tetap ingkar dan membunuh unta tersebut.Kemudiaan

Nabi Soleh berkata:


“esok muka-muka kamu akan berubah dari kuning,merah,hitam dan mati semua akhirnya"

Apakah ciri-ciri Dabbatul Ardi dan kenapakah ia merupakan anak unta betina Nabi Soleh?
Ciri-ciri ialah:

-60 hesta
-kepala lembu
-mata anjing

Ia dikatakan sedemikian kerana anak unta Nabi Soleh telah lari dan masuk ke dalam batu besar ditengah padang pasir.Kemudian pintu batu tertutup dan bila hendak tiba hari kiamat pintu batu terbuka dan keluarlah anak unta betina Nabi Soleh.Begitulah antara tanda besar kiamat,mungkin kita tidak merasai ketakutannya sekarang.Namun percayalah apabila telah tiba saatnya ketika itu ketakutan kita akan berlipat kali ganda dan yakinlah janji Allah pasti akan berlaku. Cuma tidak di ketahui bila ia akan berlaku..

Sekian..



Read More..

"HIDUP MATI SEGAN TAK MALU"

1 Komentar


Bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaannya kita dapat lagi merasai nikmat sihat,aman dan tenteram hidup di muka bumi ini…Tidak seperti saudara-saudara seagama kita yang berada di negeri teluk yang kini sedang menyusun barisan bagi mempertahankan Negara mereka yang tercinta daripada musuh –musuh laknatullah.Dan yang paling utama kita perlu panjatkan kesyukuran kerana masih diberikan nikmat iman..sebagai seorang hamba allah,janganlah kita membiarkan nafsu ini meronta-ronta ingin melakukan kejahatan tetapi jinak-jinakkanlah hati ini supaya kita sentiasa mengingati Allah dan mengingati mati kerana dengan mengingati mati kita akan hampir dengan Maha Pencipta..


Adakah kita dalam keadaan selesa?Adakah Negara kita ini Negara yang aman dan makmur?Renung-renungkannlah….Mungkin kita bebas dari peperangan tetapi tanpa kita sedari kita sebagai umat ISLAM telah lama dibelenggu oleh ancaman luar...Lihatlah kehidupan remaja-remaja sekarang yang tidak tahu apa itu ISLAM,hanya indah dengan nama-nama Islam, tetapi tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenar.Pergaulan bebas,dedah aurat,lepak memang sudah menjadi rutin harian mereka.Adakah kita rasa Negara kita ini adalah Negara Islam????


Mari kita beralih ke negeri Sabah,negeri di bawah bayu…Cukup indah negeri ini…Dari kolej kediaman UMS ,saya dapat lihat keindahan dan kemegahan Gunung Kinabalu…Subhanallah..cukup indah ciptaan Allah…Apabila diberi kesempatan mengikuti program fakulti dan Ikatan Sahabat Eksah,dapat juga saya meninjau-ninjau penduduk di pendalaman..Suasana di sini cukup tenteram..bukit bukau yang masih tersergam indah tanpa di usik sedikit pun oleh sang pembina kemajuan dan amat menenangkan jiwa,sungai –sungai yang jernih yang masih belum tercemar,memukau sesiapa yang berada di situ...Tetapi , amat menyedihkan ,apabila terpandang di sana –sini ,tersegam indah gereja-gereja …Pelik dan aneh di manakah masjid-,masjid untuk orang –orang islam seperti yang terdapat di mereta-rata tempat di semenanjung???Adakah di sini tidak ada orang Islam??? Renung-renungkanlah…


Wahai insan yang bergelar islam,janganlah kita berada di dalam keadaan yang selesa sedangkan masih banyak tenaga yang diperlukan untuk menegakkan islam..janganlah suatu hari nanti kita dibangkitkan di padang mahsyar kita ditanya apakah kita menjalankan peranan kita sebagai seorang khalifah..cubalah kita berusaha mengetuk hati-hati masyarakat di sekeliling kita supaya sedar dari kesibukan dunia dan kepada yang lalai beribadat kepada Allah s.w.t dan mentaati perintah-Nya…Janganlah biarkan diri kita ini menjadi sekumpulan manusia yang sedang nyenyak tidur dan di sebelah kita terdapat api yang marak menyala dan akan membakar kita sekiranya kita masih lagi tidur..Apatah lagi jika kita adalah golongan yang tidak tidur dan menyedari apa yang berlaku di sekeliling kita ,malangnya kita tidak mampu memadamkan api yang sedang membakar..Jadilah orang yang segera membangunkan manusia yang sedang tidur nyenyak agar terselamat daripada api yang marak itu.


Sebagai seorang mahasiswa dan mahasiswi islam kita perlulah segera bangkit menegakkan agama Islam yang sebenar .Gunakanlah kesempatan masa muda ini untuk menegakkan syiar islam..Jika kita yang tidak mengerakkannya ,siapa lagi yang mahu memikulkan segala amanah ini demi untuk agama Islam yang tercinta.. Setiap orang diberi cabaran yang berbeza-beza..Bagi yang berada di negeri yang kebanyakannya orang bukan Islam, berusahalah merubah fahaman masyarakat di sekelilingnya..Kepada mahasiswa dan mahasiswi yang baru terketuk hati atau yang baru tersedar ,segeralah bangkit berkhidmat untuk islam .Jadilah golongan yang sanggup berkorban masa , tenaga dan harta bagi menegakkan kebenaran .Gunakanlah kesempatan yang ada sebelum datangnya kesempitan seperti mana yang selalu kita dengar dan kita baca di dalam surah al-ashr ,1-3:


‘’Demi masa .Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian,Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran”.


Waahuallam..

writen by: Student UMS



Read More..
0 Komentar

Read More..

DABBATUL ARDI (BINATANG BUMI)

0 Komentar


>Ada ulama’ menyebut ia akan muncul di hujung negeri yaman,padang pasir,penjuru baitillah atau di makam ibrahim.


>Khilaf: binatang ini keluar di Bukit Safa


Nabi Allah tidak terhingga banyaknya dan bilangan rasul yang perlu diketahui ialah 25orang.Salah seorang Rasul ialah Nabi Isa A.S. Nabi Isa masih hidup,tinggal di Arasy ketiga.

Sejarah ringkas Nabi Isa A.S:

Gelaran diberi:Rahullah (Allah s.w.t telah meniup roh kedalam badan mariyam)

Diceritakan di sebuah perkampungan seorang wanita yang dikenali sebagai mariyam telah mengandung tanpa suami.Keadaan ini telah menimbulkan rasa pelik dikalangan penduduk kampung dan mereka tertanya-tanya bagaimana seorang perempuaan boleh lahir tanpa ayah dan ini semua mesti ada udang disebalik batu. Mengetahui hal itu,orang kampung mula membuka mulut menceritakan perkara ganjil tersebut sehingga tertaburnya benih-benih fitnah. Menyedari hakikat itu mariyam telah melarikan diri ke sebuah bukit.Nabi Isa telah lahir di dalam bukit tersebut. Ketika hari kelahiran Nabi Isa penduduk kampung telah datang untuk memukul mariyam. Kemudian, mariyam telah menyuruh penduduk kampung bertanya sendiri kepada Nabi Isa, dengan izin Allah s.w.t Nabi Isa telah berkata “aku hamba Allah s.w.t dan dilantik menjadi rasul”. Semasa hidup baginda seorang yang miskin dan merupakan rasul yang paling miskin. Baginda hanya makan rumput dan ulam kayu.

Ketika bulan puasa,baginda telah mencari ulam dan pada saat itu ibunya mariyam sedang tidur.Namun demikian,baginda tidak menyedari bahawa ibunya telah meninggal dunia.

Ketika hidup Nabi Isa telah menyeru kaum Bani Israel kepada Allah s.w.t. Namun demikian,kaum israel telah berpakat untuk membunuh Nabi Isa. Hendak diceritakan seramai 16 orang kaum israel telah menghambat Nabi Isa. Dalam aksi kejar mengejar itu 2 orang telah kehadapan manakala yang 14 lain ketinggalan ke belakang. Setelah jauh berlari sehingga ke hujung padang pasir terdapat satu rumah buruk dan Nabi Isa telah masuk ke rumah tersebut.Kemudian Allah telah mengutuskan malaikat untuk mengangkat Nabi Isa naik ke langit dan menggantikan Nabi Isa dengan seorang yang seiras dia.Apabila datangnya kedua-dua bani israel tadi,mereka menangkap dan membunuh lelaki tersebut tanpa mengetahui identitinya yang sebenar.

Sesudah itu apabila menghampiri tanda-tanda kiamat yang besar maka akan turunlah Nabi Isa A.S untuk melawan dajjal.Apabila dajjal mati ia dikatakan di kebumikan bersebelahan makam Nabi Muhammad s.a.w. Kemudian ketika Nabi Isa dan kaum muslimin tawaf ka’bah tiba-tiba…… (to be continue)



Read More..

FIKRAH PERJUANGAN ISLAM

0 Komentar



Fikrah ialah pemikiran,hasil daripada fikrah wujudnya firkoh yang banyak.Namun demikian,ia perlu disandarkan dengan dasar perjuangan islam atau pembentukan islam yang sahih(betul).Terdapat 3 dasar yang menjadi tapak asas kepada pembentukan fikrah islamiyah.

1) “an takuna sohihan fii ‘aqidati”

Ayat diatas bermaksud ‘hendaklah kamu sahih pada sudut aqidah’.Keterangan yang lebih jelas ialah kita perlu beriktikad bahawa islam adalah agama yang benar dan semua mestilah merujuk kepada islam dari segenap segi.contohnya:

Hendak diceritakan suatu hari seorang pesakit datang berjumpa dengan doktor kemudian doktor berkata hanya dengan cara ini sahaja penyakit boleh sembuh 100% dan dia yakin tiada cara lain yang boleh menyembuhkan.

Cerita di atas menunjukkan bahawa apa yang dikatakan oleh doktor tersebut dipercayai sepenuhnya tanpa berikhtiar dan berusaha mencari jalan lain.Perkara ini jelas merosakkan aqidah dan boleh menjadi kufur.Hal ini kerana dia sepatutnya yakin bahawa yang memberi kuasa penyembuh ialah Allah s.w.t sahaja,Dengan kudrat yang ada pada Allah,dia boleh melakukan apa yang dikehendaki.Jadi kita perlulah yakin bahawa Allah adalah penentu sihat dan sakit seseorang,segala usaha atau ikhtiar yang dilakukan bukanlah penyebab sembuh tetapi yang memberi sembuh ialah Allah.

2) “an takuna sohihan fii ibadati”

Ayat diatas bermaksud ‘hendaklah kamu sahih pada sudut ibadah’.Keterangan disini menunjukkan bahawa setelah aqidah kita di kemaskan maka kita perlulah terjemahkan dalam bentuk pengabdikan diri kepada Allah.

Firman Allah:

‘Dan tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya dapat
beribadat kepadaku’


Ayat ini memberi tahu kita bahawa kita diciptakan oleh Allah untuk mengabdikan diri.Menepati hakikat ini,maka perjalanan hidup manusia di dunia ini akan selaras dengan perjalanan hidup segala makhluk Allah yang juga sebagai hamba.Ertinya,hidup kita serta segala kegiatan hidup sama ada dalam bidang perkerjaan dan tugasan,dalam segala bidang keahlian dan kemahiran perlu diolah dalam acuan ibadah dan memperhamba diri kepada Allah s.w.t.




3) “an takuna sohihan fii akhlaki”

Ayat di atas membawa maksud ‘hendaklah kamu sahih pada sudut akhlak’.Setelah kedua-dua perkara di atas jelas maka kita perlulah menjelaskan perkara yang ketiga iaitu dari sudut akhlak.Akhlak merupakan hasil terjemahan daripada aqidah dan ibadah.Aqidah dan ibadah yang mantap membentuk akhlak yang cemerlang.Perkara yang perlu di titik beratkan ialah dalam sudut percakapan,pergaulan dan pemakaian.

Dari sudut ikhtilat:
haram lelaki dan perempuan bukan muhrim
bersentuhan.

Dari sudut khulwat:
Lelaki dan perempuaan tidak boleh duduk dalam satu bilik dan tempat tertutup.

Dari sudut muamalat:
Lelaki dan perempuan tidak haram bercakap dengan tiga syarat iaitu:
-tidak timbul syahwat
-tidak timbul fitnah.
-jangan mendayu-dayu kata-kata.



Read More..

"PENGHINAAN" ATAU "PENGENALAN"

0 Komentar



Rumah sudah siap tetapi pahat masih berbunyi,mungkin ini peribahasa yang tidak sesuai,tetapi itulah realitinya apabila isu penggunaan ayat Al-quran oleh orang bukan islam masih digembar- gemburkan,bagi sesetengah pihak ia merupakan perkara yang besar sehingga ada yang mahu mengharamkan penggunaan ayat Al-Quran kepada orang bukan islam.


Hal ini merupakan satu perkara yang karut.Kenapa saya mengata karut?kerana Al-quran merupakan wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W untuk seluruh umat islam tanpa mengira kaum.Selain daripada itu, penggunaan ayat Al- quran tidak boleh diharamkan sama sekali kerana ramai saintis,paderi dan penganut agama lain memeluk agama islam disebabkan kandungannya,akan tetapi yang membingungkan kita ialah apabila orang islam memeluk agama lain.Kenapa perkara ini tidak mahu dibanteras dari akar umbi serta menjadikannya satu isu bersama yang perlu diselesaikan.Kita seharusnya memikirkan bagaimana mahu menyelesaikan masalah ummah bukan benda-benda kecil.Kalaulah Saidatina Abu bakar masih hidup sudah tentu ramai orang islam mati dibunuh.Mungkin ini ialah sebahagiaan daripada islam mengikut acuaan keturunan,bukan lahir dari dalam diri sendiri .Senang cerita semangat ingin belajar ilmu agama dikalangan umat islam masih lemah terutamanya masyarakat di negara ini.Walaubagaimanapun,mungkin ujian ini belum diterima oleh saya dan saya minta jauh dari perkara-perkara ini.



Kita seharusnya sedar bahawa dalam dunia ini yang banyak mengkaji Al-Quran bukan orang islam tetapi orang bukan islam,kalau orang islam tidak mahu mengkaji lebih baik bagi orang lain mengkaji dan daripada kita mengharamkan lebih baik kita membenarkan.Kita tidak mengetahui hikmah disebalik bacaan Al-quran yang dilafazkan oleh orang bukan islam tersebut,mungkin ini merupakan satu titik mula kepada pengenalan agama Islam.Hal ini bertepatan dengan ayat Al-Quran.

Firman Allah:

Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang yang tidak beriman.
(ayat6:125)



Adakah pengharaman penggunaan ayat suci ini satu halangan besar?tepuk dada tanya diri.Sedar atau tidak dalam agama kristiaan sendiri perkara-perkara ini amat disukai kerana mungkin ini titik permulaan bagi mengenali agama mereka dan akan lebih bersungguh-sungguh menyebar luaskan dakyah mereka.Kalau kita mengharamkan, alamatnya orang bukan islam pun lari dari agama islam.Contoh lain yang boleh diambil ialah apabila Sheikh Ahmad Deedat berjaya mengislamkan orang kristian dengan sebuah Bible.Kita sepatutnya mengambil ikhtibar dan kita juga perlulah membaca Bible sekadar untuk dijadikan kekuatan untuk mematahkan serangan mereka dan kalau mampu apa salahnya berdiskusi bersama orang bukan islam moga-moga meraka diberi hidayah oleh Allah s.w.t .Tugas kita sekarang ialah memahami islam,Al-Quran dan isinya,perkara ini bukan untuk diri kita sahaja tetapi untuk menyebar luaskan islam dan masyarakat setempat.Kata-kata saya ini ditujukan untuk diri ini yang sentiasa membuat dosa.Semoga ia dapat diamalkan bersama-sama.



Pengakhirannya,semoga kita terus mengkaji dan mengamalkan islam dalam hidup kita.Kita juga janganlah terlalu cepat melatah apabila pekara-perkara yang pelik berlaku dalam negara kita,walhal perkara tersebut tidak pelik pun cumanya ia jarang berlaku.Hal ini, kerana negara kita terlalu kaya dengan adat sehingga tidak dapat membezakan yang mana tuntutan agama dan yang mana adat.Sama-samalah kita renungkan.Wallahu'alam..



Read More..

SELAMAT BERJUANG

0 Komentar

Alhamdulillah setelah hampir 1 sidang di Universiti akhirnya masa yang dinantikan dipenghujungnya, apabila peperiksaaan akhir tahun menjelang tiba .Dalam kita sibuk berjuang sebagai 'amilin islam jangan kita lupa bahawa exam yang kita lalui merupakan kayu ukur menilai ilmu yang telah diperoleh. Walaupun,ia agak membebankan sesetengah ahli gerakan islam tetapi perlu diingatkan tiada alasan dalam perjuangan.Anggaplah exam yang dilalui merupakan salah satu jihad dan ia bukan untuk kepentingan diri tetapi untuk islam.Walaupun exam yang dilalui hanya 1,2 atau 3 jam tetapi ia merupakan titik tolak kita dalam meneruskan perjuangan kita di kampus.

Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT PEPERIKSAAN" kepada semua warga kampus.Semoga kalian semua memperoleh result yang cemerlang dan ilmu yang diperoleh dapat disalurkan kepada perkara yang berfaedah.Selain itu,segala usaha yang kita lakukankan merupakan perkara picisan,hal ini kerana yang menentukan kejayaan seseorang ialah Allah s.w.t.Kalau Allah mengizinkan kejayaan maka kejayaan pasti menjadi milik kita,akan tetapi kalau Allah tidak menginginkan maka sebaliknya berlaku.Namun demikiaan,fenomena kecewa setelah berusaha seringkali menyelubungi pelajar-pelajar tidak kira di peringkat sekolah atau di kampus.Tidak lupa juga kepada ahli gerakan islam yang sering kali kecundang di dalam peperiksaan. Apabila result mula merundum,semua kerja yang diberi berat belaka sehingga wujudnya wabak futur di kalangan ahli gerakan.Bila perkara ini berlaku maka akan terjejaslah moral sehingga ada yang mula hilang penggantungan dengan Allah.

Firman Allah:
'wahai orang-orang beriman bantulah agama Allah nescaya Allah akan menolongmu dan mengukuhkan kedudukanmu'


Kita perlu sedar sebenarnya Allah itu maha adil dan apa yang dikehendaki adalah haknya.Pemilik dunia bukanlah manusia tetapi Allah s.w.t.Apa yang berlaku pada kita adalah ketentuannya.Selain itu,kegagalan atau ke tidak cemerlangan dalam akademik merupakan satu ujian kepada kita sebagai umat islam.

Firman Allah:
'adakah kamu menyangka kamu beriman sedangkan kamu belum diuji...'

Jadi,apa yang berlaku kepada kita merupakan satu ujian dan tarbiyah dalam proses mendekatkan diri kepada Allah dan menguji tahap keikhlasan dalam perjuangan.Semoga kita semua bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang berlaku.Saya juga berharap dalam kita menghampiri exam kita perlulah sentiasa mendampingkan diri dengan Al-quran,perbanyak qiam,dan paling penting jangan lupa berdoa.

Firman Allah
' dan mintalah kepadaku,nescaya Aku akan memperkenankan doamu..'

Sebagai pengakhirannya semoga kita bersama-sama terus berjuang dalam menegakkan syiar islam dan terus istiqamah dalam perjuangan islam. Salam jihad.

Read More..

BERAKHIRNYA ERA ISLAM HADHARI

0 Komentar


Setelah hampir 6 tahun memerintah,akhirnya Negara kita sekali lagi menerima seorang Perdana Menteri setelah Perdana Menteri ke-5 iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatannya dan digantikan dengan putera sulong Tun Abdul Razak.Peralihan kuasa berlaku selepas 7 hari persidangan UMNO berakhir.Semasa sidang pemilihan pemimpin baru UMNO, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak telah dipilih menjadi president UMNO yang baru dengan menang tanpa bertanding.Bermula dengan tranformasi UMNO,Negara juga mengalami transformasi yang sama.Perkara ini telah menarik minat saya untuk melontar buah fikiran dan ucapan tahniah saya ucapkan kepada Perdana Menteri ke-6 iaitu Dato’Seri Najib Tun Abdul Razak semoga berlaku adil kepada semua negeri tanpa ada kepentingan parti.

Sejarah telah membuktikan bahawa Perdana Menteri Malaysia merupakan seorang president UMNO.Bila berubah pucuk pimpinan UMNO maka berubahlah struktur pemerintahan Negara,perkara ini bukan direka tetapi itulah realiti ia seolah-olah telah dirancang.Bermula dengan Perdana Menteri pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putera Al-Hajj sehinggalah Perdana Menteri ke-6.Perkara ini perlu dikaji dan pemilihan Perdana Menteri perlulah bersifat demokrasi sesuai dengan situasi di Negara kita.Perkara ini akan berterusan andai kita tidak memecahkan tradisi dan budaya yang langsung tidak mengamalkan demokrasi dan hanya menguntungkan sesetengah pihak.Rakyat tidak diberi kuasa untuk memilih tetapi pemimpin syok sendiri.Sebagai contoh bagaimana kerajaan Suharto berjaya ditumbangkan oleh mahasiwa.Hal ini berlaku kerana timbulnya kesedaran dikalangan mahasiswa bahawa pemimpin yang mengamal rasuah dan tidak adil perlulah ditumbangkan bukan dibanggakan.Perkara inilah perlu dicontohi,mereka bukan penentang tetapi penegak keadilan yang perlu disegani dan pemilik pemikiran kelas pertama.

Negara tidak ketandusan pemimpin malah masih ramai yang berkredibiliti untuk dinaikkan menjadi seorang pemimpin.Bangsa bukanlah ukuran utama dalam pemilihan pemimpin,tetapi perkara utama yang perlu ditekankan ialah pemimpin yang amanah,adil dan mampu menjaga kebajikan rakyatnya.Saya juga lebih bersikap terbuka terhadap pimpinan Negara,bagi saya bangsa bukanlah penentu pimpinan tetapi agamalah yang perlu diberi penghormatan tertinggi.Tidak semestinya orang yang sebangsa akan membantu bangsanya malah ada yang cuba menjatuhkannya.

Firman Allah:

“sesungguhnya agama yang diredhai Allah ialah agama islam..”

Al-Quran telah menyebut hanya agama islam yang diredhai Allah.Hal ini kerana islam itu sendiri meliputi seluruh bahagiaan tanpa cacat celanya.Andai kata pemimpin Negara terdiri dari kaum cina,India atau melayu saya akan menerima,tetapi mestilah beragama islam.Namun wujud persoalan siapakah yang layak menjadi pemimpin Negara di antara golongan professional dan ulama’? pendapat saya sesiapa sahaja boleh mentadbir negara andai mereka pandai mengurusakannya,tetapi dengan syarat Al-quran dan Sunah menjadi rujuan utama.

Begitulah indahnya islam,tidak mengira kaum,sesiapa yang menghayati islam pasti akan mengetahui tanggungjawab yang diberi.Islam tidak akan luput,malah islam tidak memerlukan kita,tetapi kita yang memerlukan islam. Perkara ini berbeza dengan 10 prinsip-prinsip Islam Hadhari,prinsip yang dibentuk sangat cantik dan menarik,namun yang menjadi persoalan ialah prinsip-prinsip ini tidak dilaksanakan oleh pimpinan tertinggi.Perkara ini yang perlu dikaji.Adakah Islam Hadhari akan diteruskan oleh Perdana Menteri yang baru atau terkuburnya Islam Hadhari,sama-samalah kita nantikan episod ini.

Pandangan peribadi,sudah terang lagi bersuluh,perkara yang direka sendiri pasti akan mati dan pasti ada penghujungnya.Namun demikiaan,saya berharap agar pembaca-pembaca membuka mata dan meneliti siapakah dia Perdana Menteri kini?.Disamping itu kita juga perlu melihat pembangunan yang tidak selari menjadi punca gejala yang tidak diingini.Perkara pelik bagi saya ialah apabila rakyat sendiri menginginkan pembangunan tetapi pembangunan yang berbentuk fizikal menjadi tarikan utama dalam diri berbanding pembentukan rohani.Inilah kesannya bila dunia menguasai diri semua diberi disukai tanpa memikirkan kesannya nanti.Sesugguhnya saya hanyalah hamba yang hina dan kerdil disisi Allah,yang lemah datang dari diri dan kesempurnaan hanya pada Illahi.

Read More..

"SEHELAI KERTAS"

0 Komentar

Baru-baru ini Pro-Mahasiswa Universiti Sains Malaysia telah turun ke padang membantu masyarakat kampus dengan membuka kaunter mencetak slip exam secara percuma.Walaupun aktiviti ini merupakan perkara picisan tetapi ia mendapat sambutan yang hangat .Tahniah kepada penganjur dan diharap ia akan berterusan untuk sidang akan datang agar dapat membantu adik-adik baru sidang 2009/2010. Aktiviti selama 3hari bermula 1-3 JUN 2009 telah melibatkan beberapa orang urusetia termasuk diri saya. Keterlibatan saya ini adalah untuk berkenalan dengan lebih dekat masyarakat kampus,bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta

. .

Alhamdulillah sehari bersama mahasiswa/i Universiti Sains Malaysia menunjukkan wujudnya hubungan yang erat di kalangan mahasiswa tanpa mengira kaum.Ucapan tahniah saya ucapakan kepada pemimpin dan mahasiswa USM kerana berjaya membentuk perpaduan dan ikatan yang erat dikalangan kita sendiri.Perpaduaan sudah dibentuk,keamanan yang diinginkan sudah dikecapi tetapi kebajikan mahasiwa masih ditakuk yang lama.saya disini bukan untuk mengkritik tapi itulah realiti. Banyak lagi masalah yang dihadapi oleh mahasiswa tetapi disebabkan perasaan takut terima saja apa yang diberi.Hati kecilku ini sering berbisik apakah yang diingini oleh mahasiswa kini?adakah ilmu yang dicari atau populariti bila berjaya menjejak kaki di universiti?sama-samalah kita fikirkan.

Sepanjang pengenalan saya bersama mahasiswa,saya melihat masih wujud sikap hormat-menghormati dan santun pekerti dikalangan mahasiswa sendiri.Walaupun ada yang kelihatan seperti rockers dan slumber,tetapi yang beragama islam tetap dengan caranya tersendiri dan begitu juga sebaliknya.Namun demikian,apa yang menggusarkan hati ini ialah pemikiran dan pemakaian mahasiswa sendiri tanpa mengira agama.Walaupun ia perkara kecil tetapi bagi saya ia merupakan perkara yang besar.Hal ini kerana mahasiswa merupakan contoh terbaik kepada masyarakat,andai kata rosak buah maka berulatlah isinya.Selain daripada itu,hal ini menunjukkan bahawa USM seolah-olah tidak mementingkan kod etika pemakaian atau lebih mudah tidak mempunyai mempunyai undang-undang.Zaman globalisasi kini apabila seseorang tidak mengikut peraturan pasti akan dikenakan hukuman,tetapi berbeza di USM.Bagi saya mudah je,pemimpinlah penentunya.Kalau pemimpin bersikap sambil lewa pasti masyarakat akan turut serta.Pemimpin yang baik akan membentuk masyarakat yang baik begitulah sebaliknya . Teringat saya tentang sebuah kisah mengenai Khalifah kedua.siapa ye?

“ Hendak diceritakan ketika semua orang sedang tidur,bangkitnya pemimpin ini untuk melihat keadaan masyarakat disekitarnya.Apabila tiba disebuah rumah terdengarlah suara seorang anak dan ibunya yang sedang bertengkar hanya disebabkan susu.Pada malam tersebut ibunya telah mencadangkan supaya susu yang ingin dijualnya di tambah air, namun demikiaan perkara tersebut tak dipersetujui oleh anaknya. Walaubagaimanapun, Ibunya tetap dengan pendiriannya dan berkata ‘Umar tidak melihat apa yang dilakukannya’.seraya anaknya menjawab ‘Umar tak lihat tetapi tuhan Umar melihat’”.

Demikiaan kisah seorang pemimpin yang beriman dan bertaqwa kepada Allah sehingga berjaya membentuk masyarakat yang takutkan Allah.Tegok diri tahu apa yang terjadi.saya disini hanya sang kancil yang sering menjadi mangsa binatang yang besar,akan tetapi kerana kepintaran pasti dapat memboloskan diri.

Selain daripada itu,saya juga melihat bahawa mahasiswa USM kurang peka terhadap persekitaran didalam kampus.Apabila didalam kampus jadi seperti katak bawah tempurung maka mana mungkin mahasiswa peka tehadap situasi di luar kampus.Kesudahannya minda tertutup mahasiswa jadi mandom dan jadi seperti lembu dicucuk hidung,mungkin suatu hari nanti kalau berlaku perang dunia ke-3 pasti semua buat tak tahu seolah-olah menyerah diri supaya mudah ditembak mati. Jadi perlulah kita bersama-sama menyahut cabaran bekas Perdana Menteri iaitu Tun Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi melahirkan masyarakat minda kelas pertama dan ia perlu dimulakan oleh mahasiswa sendiri,kerana kita merupakan contoh terbaik kepada masyarakat di Negara ini.Andai mahasiswa tidak mahu berubah dan tidak sedar diri,maka tunggulah akibatnya nanti.

Read More..