Gerakan Mahasiswa

SELAMAT BERJUANG

Alhamdulillah setelah hampir 1 sidang di Universiti akhirnya masa yang dinantikan dipenghujungnya, apabila peperiksaaan akhir tahun menjelang tiba .Dalam kita sibuk berjuang sebagai 'amilin islam jangan kita lupa bahawa exam yang kita lalui merupakan kayu ukur menilai ilmu yang telah diperoleh. Walaupun,ia agak membebankan sesetengah ahli gerakan islam tetapi perlu diingatkan tiada alasan dalam perjuangan.Anggaplah exam yang dilalui merupakan salah satu jihad dan ia bukan untuk kepentingan diri tetapi untuk islam.Walaupun exam yang dilalui hanya 1,2 atau 3 jam tetapi ia merupakan titik tolak kita dalam meneruskan perjuangan kita di kampus.

Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT PEPERIKSAAN" kepada semua warga kampus.Semoga kalian semua memperoleh result yang cemerlang dan ilmu yang diperoleh dapat disalurkan kepada perkara yang berfaedah.Selain itu,segala usaha yang kita lakukankan merupakan perkara picisan,hal ini kerana yang menentukan kejayaan seseorang ialah Allah s.w.t.Kalau Allah mengizinkan kejayaan maka kejayaan pasti menjadi milik kita,akan tetapi kalau Allah tidak menginginkan maka sebaliknya berlaku.Namun demikiaan,fenomena kecewa setelah berusaha seringkali menyelubungi pelajar-pelajar tidak kira di peringkat sekolah atau di kampus.Tidak lupa juga kepada ahli gerakan islam yang sering kali kecundang di dalam peperiksaan. Apabila result mula merundum,semua kerja yang diberi berat belaka sehingga wujudnya wabak futur di kalangan ahli gerakan.Bila perkara ini berlaku maka akan terjejaslah moral sehingga ada yang mula hilang penggantungan dengan Allah.

Firman Allah:
'wahai orang-orang beriman bantulah agama Allah nescaya Allah akan menolongmu dan mengukuhkan kedudukanmu'


Kita perlu sedar sebenarnya Allah itu maha adil dan apa yang dikehendaki adalah haknya.Pemilik dunia bukanlah manusia tetapi Allah s.w.t.Apa yang berlaku pada kita adalah ketentuannya.Selain itu,kegagalan atau ke tidak cemerlangan dalam akademik merupakan satu ujian kepada kita sebagai umat islam.

Firman Allah:
'adakah kamu menyangka kamu beriman sedangkan kamu belum diuji...'

Jadi,apa yang berlaku kepada kita merupakan satu ujian dan tarbiyah dalam proses mendekatkan diri kepada Allah dan menguji tahap keikhlasan dalam perjuangan.Semoga kita semua bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang berlaku.Saya juga berharap dalam kita menghampiri exam kita perlulah sentiasa mendampingkan diri dengan Al-quran,perbanyak qiam,dan paling penting jangan lupa berdoa.

Firman Allah
' dan mintalah kepadaku,nescaya Aku akan memperkenankan doamu..'

Sebagai pengakhirannya semoga kita bersama-sama terus berjuang dalam menegakkan syiar islam dan terus istiqamah dalam perjuangan islam. Salam jihad.

0 Komentar: