Gerakan Mahasiswa

"PENGHINAAN" ATAU "PENGENALAN"



Rumah sudah siap tetapi pahat masih berbunyi,mungkin ini peribahasa yang tidak sesuai,tetapi itulah realitinya apabila isu penggunaan ayat Al-quran oleh orang bukan islam masih digembar- gemburkan,bagi sesetengah pihak ia merupakan perkara yang besar sehingga ada yang mahu mengharamkan penggunaan ayat Al-Quran kepada orang bukan islam.


Hal ini merupakan satu perkara yang karut.Kenapa saya mengata karut?kerana Al-quran merupakan wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W untuk seluruh umat islam tanpa mengira kaum.Selain daripada itu, penggunaan ayat Al- quran tidak boleh diharamkan sama sekali kerana ramai saintis,paderi dan penganut agama lain memeluk agama islam disebabkan kandungannya,akan tetapi yang membingungkan kita ialah apabila orang islam memeluk agama lain.Kenapa perkara ini tidak mahu dibanteras dari akar umbi serta menjadikannya satu isu bersama yang perlu diselesaikan.Kita seharusnya memikirkan bagaimana mahu menyelesaikan masalah ummah bukan benda-benda kecil.Kalaulah Saidatina Abu bakar masih hidup sudah tentu ramai orang islam mati dibunuh.Mungkin ini ialah sebahagiaan daripada islam mengikut acuaan keturunan,bukan lahir dari dalam diri sendiri .Senang cerita semangat ingin belajar ilmu agama dikalangan umat islam masih lemah terutamanya masyarakat di negara ini.Walaubagaimanapun,mungkin ujian ini belum diterima oleh saya dan saya minta jauh dari perkara-perkara ini.



Kita seharusnya sedar bahawa dalam dunia ini yang banyak mengkaji Al-Quran bukan orang islam tetapi orang bukan islam,kalau orang islam tidak mahu mengkaji lebih baik bagi orang lain mengkaji dan daripada kita mengharamkan lebih baik kita membenarkan.Kita tidak mengetahui hikmah disebalik bacaan Al-quran yang dilafazkan oleh orang bukan islam tersebut,mungkin ini merupakan satu titik mula kepada pengenalan agama Islam.Hal ini bertepatan dengan ayat Al-Quran.

Firman Allah:

Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang yang tidak beriman.
(ayat6:125)



Adakah pengharaman penggunaan ayat suci ini satu halangan besar?tepuk dada tanya diri.Sedar atau tidak dalam agama kristiaan sendiri perkara-perkara ini amat disukai kerana mungkin ini titik permulaan bagi mengenali agama mereka dan akan lebih bersungguh-sungguh menyebar luaskan dakyah mereka.Kalau kita mengharamkan, alamatnya orang bukan islam pun lari dari agama islam.Contoh lain yang boleh diambil ialah apabila Sheikh Ahmad Deedat berjaya mengislamkan orang kristian dengan sebuah Bible.Kita sepatutnya mengambil ikhtibar dan kita juga perlulah membaca Bible sekadar untuk dijadikan kekuatan untuk mematahkan serangan mereka dan kalau mampu apa salahnya berdiskusi bersama orang bukan islam moga-moga meraka diberi hidayah oleh Allah s.w.t .Tugas kita sekarang ialah memahami islam,Al-Quran dan isinya,perkara ini bukan untuk diri kita sahaja tetapi untuk menyebar luaskan islam dan masyarakat setempat.Kata-kata saya ini ditujukan untuk diri ini yang sentiasa membuat dosa.Semoga ia dapat diamalkan bersama-sama.



Pengakhirannya,semoga kita terus mengkaji dan mengamalkan islam dalam hidup kita.Kita juga janganlah terlalu cepat melatah apabila pekara-perkara yang pelik berlaku dalam negara kita,walhal perkara tersebut tidak pelik pun cumanya ia jarang berlaku.Hal ini, kerana negara kita terlalu kaya dengan adat sehingga tidak dapat membezakan yang mana tuntutan agama dan yang mana adat.Sama-samalah kita renungkan.Wallahu'alam..



0 Komentar: