Gerakan Mahasiswa

BERAKHIRNYA ERA ISLAM HADHARI


Setelah hampir 6 tahun memerintah,akhirnya Negara kita sekali lagi menerima seorang Perdana Menteri setelah Perdana Menteri ke-5 iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatannya dan digantikan dengan putera sulong Tun Abdul Razak.Peralihan kuasa berlaku selepas 7 hari persidangan UMNO berakhir.Semasa sidang pemilihan pemimpin baru UMNO, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak telah dipilih menjadi president UMNO yang baru dengan menang tanpa bertanding.Bermula dengan tranformasi UMNO,Negara juga mengalami transformasi yang sama.Perkara ini telah menarik minat saya untuk melontar buah fikiran dan ucapan tahniah saya ucapkan kepada Perdana Menteri ke-6 iaitu Dato’Seri Najib Tun Abdul Razak semoga berlaku adil kepada semua negeri tanpa ada kepentingan parti.

Sejarah telah membuktikan bahawa Perdana Menteri Malaysia merupakan seorang president UMNO.Bila berubah pucuk pimpinan UMNO maka berubahlah struktur pemerintahan Negara,perkara ini bukan direka tetapi itulah realiti ia seolah-olah telah dirancang.Bermula dengan Perdana Menteri pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putera Al-Hajj sehinggalah Perdana Menteri ke-6.Perkara ini perlu dikaji dan pemilihan Perdana Menteri perlulah bersifat demokrasi sesuai dengan situasi di Negara kita.Perkara ini akan berterusan andai kita tidak memecahkan tradisi dan budaya yang langsung tidak mengamalkan demokrasi dan hanya menguntungkan sesetengah pihak.Rakyat tidak diberi kuasa untuk memilih tetapi pemimpin syok sendiri.Sebagai contoh bagaimana kerajaan Suharto berjaya ditumbangkan oleh mahasiwa.Hal ini berlaku kerana timbulnya kesedaran dikalangan mahasiswa bahawa pemimpin yang mengamal rasuah dan tidak adil perlulah ditumbangkan bukan dibanggakan.Perkara inilah perlu dicontohi,mereka bukan penentang tetapi penegak keadilan yang perlu disegani dan pemilik pemikiran kelas pertama.

Negara tidak ketandusan pemimpin malah masih ramai yang berkredibiliti untuk dinaikkan menjadi seorang pemimpin.Bangsa bukanlah ukuran utama dalam pemilihan pemimpin,tetapi perkara utama yang perlu ditekankan ialah pemimpin yang amanah,adil dan mampu menjaga kebajikan rakyatnya.Saya juga lebih bersikap terbuka terhadap pimpinan Negara,bagi saya bangsa bukanlah penentu pimpinan tetapi agamalah yang perlu diberi penghormatan tertinggi.Tidak semestinya orang yang sebangsa akan membantu bangsanya malah ada yang cuba menjatuhkannya.

Firman Allah:

“sesungguhnya agama yang diredhai Allah ialah agama islam..”

Al-Quran telah menyebut hanya agama islam yang diredhai Allah.Hal ini kerana islam itu sendiri meliputi seluruh bahagiaan tanpa cacat celanya.Andai kata pemimpin Negara terdiri dari kaum cina,India atau melayu saya akan menerima,tetapi mestilah beragama islam.Namun wujud persoalan siapakah yang layak menjadi pemimpin Negara di antara golongan professional dan ulama’? pendapat saya sesiapa sahaja boleh mentadbir negara andai mereka pandai mengurusakannya,tetapi dengan syarat Al-quran dan Sunah menjadi rujuan utama.

Begitulah indahnya islam,tidak mengira kaum,sesiapa yang menghayati islam pasti akan mengetahui tanggungjawab yang diberi.Islam tidak akan luput,malah islam tidak memerlukan kita,tetapi kita yang memerlukan islam. Perkara ini berbeza dengan 10 prinsip-prinsip Islam Hadhari,prinsip yang dibentuk sangat cantik dan menarik,namun yang menjadi persoalan ialah prinsip-prinsip ini tidak dilaksanakan oleh pimpinan tertinggi.Perkara ini yang perlu dikaji.Adakah Islam Hadhari akan diteruskan oleh Perdana Menteri yang baru atau terkuburnya Islam Hadhari,sama-samalah kita nantikan episod ini.

Pandangan peribadi,sudah terang lagi bersuluh,perkara yang direka sendiri pasti akan mati dan pasti ada penghujungnya.Namun demikiaan,saya berharap agar pembaca-pembaca membuka mata dan meneliti siapakah dia Perdana Menteri kini?.Disamping itu kita juga perlu melihat pembangunan yang tidak selari menjadi punca gejala yang tidak diingini.Perkara pelik bagi saya ialah apabila rakyat sendiri menginginkan pembangunan tetapi pembangunan yang berbentuk fizikal menjadi tarikan utama dalam diri berbanding pembentukan rohani.Inilah kesannya bila dunia menguasai diri semua diberi disukai tanpa memikirkan kesannya nanti.Sesugguhnya saya hanyalah hamba yang hina dan kerdil disisi Allah,yang lemah datang dari diri dan kesempurnaan hanya pada Illahi.

0 Komentar: