Gerakan Mahasiswa

EXCELLENT OR ENTERTAINMENT????


Bagai isi dan kuku,itulah peribahasa yang sesuai ,untuk dikaitkan antara kemajuan dan pembangunan.Tanpa pembangunan, tiadalah kemajuan.. dan sudah pasti tanpa pembangunan wujudlah kemunduran.. Persoalannya disini, pembangunan bagaimanakah yang dicari? Adakah kita mencari bangunan-bangunan yang tersusun rapi dan berkonkrit atau bangunan-bangunan yang tersusun menjadi benteng kekuatan diri? Tepuk dada jangan tanya selera ya, tepuk dada tanyalah Iman..


Firman Allah:


“sesungguhnya Allah tidak merubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka merubah kepada keadaan yang sedia ada pada diri mereka”-surah Ar-Rad:11



Ayat diatas memberitahu,perubahan yang dilakukan berpandukan usaha yang jitu pasti mampu mengubah diri . Namun demikian,melihat kemajuan yang dicapai dewasa ini sebenarnya memakan diri sendiri dan masyarakat sama ada di dalam atau di luar negara. Apabila pembangunan dilakukan sesuka hati laknat Allah bakal menanti. Sedar atau tidak pembangunan yang bersifat luaran tanpa pemantapkan dalaman telah mendapat laknat daripada Allah s.w.t. Pelbagai kejadiaan aneh telah berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini antaranya Tsunami yang melanda di Aceh,kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa,taburan hujan yang tidak menentu,dan pelbagai lagi kejadian.Tidak cukupkah dengan amaran Allah?


Firman Allah:


“..dan apabila Allah mengkehendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana(disebabkan kesalahan mereka sendiri) maka tiada siapa pun dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya”-surah Ar-Rad:11


Allah azza wajalla telah memberi peringatan kepada kita supaya jangan berbuat kerosakan tetapi sikap manusia yang degil dan tidak patuh kepada arahan Allah memakan diri sendiri.


Saban hari kita melihat pembangunan teknologi merupakan kayu ukur kemajuan sesebuah negara baik di luar atau di peringkat Institusi Pengajiaan Tinggi. Baru-baru ini Universiti Sains Malaysia (USM) telah mendapat gelaran sebagai universiti APEX (Acceleration Programme for excellent) dengan menewaskan tiga buah universiti iaitu Universiti Malaya (UM),Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).Belum terlambat untuk saya ucapkan tahniah kepada warga USM.

Namun demikian, yang menjadi persoalan sekarang adakah universiti for excellent akan berubah kepada universiti for entertainment? Sama-samalah kita fikirkan.Hal ini merupakan isu seluruh warga kampus dan bukan isu persendirian. Satu persatu hiburan mula ditonjolkan dan mendapat sambutan yang menggalakkan kerana promosinya yang besar-besaran, akan tetapi program berbentuk ilmiah kurang sambutannya. Apakah semua ini?Hiburan tiada salahnya tetapi bila hiburan yang melampau akan bertukar menjadi kemungkaran. fikir-fikirkan lah. Gejala sosial mula menular di seluruh Negara bahkan diseluruh kampus-kampus dengan isu buang anak, zina, dan pelbagai lagi,nak kata tidak pandai sudah masuk universiti, tapi ada akal guna untuk fikir perkara yang mudah. Itulah manusia,nanti bila dah terhantuk baru tergandah.



Selain daripada itu,kita melihat kebanyakan mahasiswa/i lebih suka mengambil sikap acuh dan tidak acuh terhadap isu-isu semasa bahkan merasakan cukup kalau periuk nasi mereka terselamat daripada ancaman masyarakat. Sikap mementingkan diri sendiri dan menganggap dunia milik sendiri menjadikan mahasiswa/i jauh daripada masyarakat. Kita melihat ramai mahasiswa/i menghabiskan masa dengan belajar tapi sayangnya apa yang mereka belajar hanyalah untuk mendapat pekerjaan.

Kesudahannya otak menjadi beku,akal menjadi kaku. Kemudian mulalah fikirkan benda-benda murah, apa yang berlaku didalam dan luar kampus semuanya tidak tahu,kalau begitu lebih baik jadi buta dan pekak.Kita perlu sedar sebagai mahasiswa/i kita perlu mencari jalan penyelesaian dan memberi idea-idea yang bernas untuk membantu Negara bukan tunggu dan lihat..Mahasiswa/i seharusnya menjadi check and balance kepada kerajaan dan kampus bukan ikut kata-kata orang atasan. Andai kata mereka salah kita perlu menjadi orang pertama yang alert,bukan duduk menonggeng di dalam bilik.Persoalannya adakah kita sudah terlewat? Kerana budaya ini telah menular di seluruh kampus dan mahasiswa/i seolah-olah seperti orang sakit yang perlu dirawat di hospital. Hal inilah yang menyebabkan pemikiran mahasiswa/i menjadi seperti batu-batu dijalanan yang tidak menentu apakah fungsinya.


Melihat situasi di atas,membuat saya terfikir adakah USM layak menjadi Universiti APEX dengan keadaan mahasiswanya yang sakit dan perlukan ubat,program-program hiburan yang berleluasa,dan jika ada pun program ilmiah ia hanya tertumpu kepada akademik.Persoalannya kalau lah program sebegini diteruskan adakah ranking USM akan “meningkat”? Saya melihat ilmu sangat penting tetapi dalam masa sama kita perlu alert dengan persekitaran dan dunia.Kita bukan hidup didalam kampus tetapi hidup di atas muka bumi.Sebagai mahasiswa/i kita perlu sedar dan buka mata besar-besar supaya melihat realiti di luar kampus. Adakah suatu hari nanti kita akan melihat masyarakat melabelkan universitas kita sebagai universitas hiburan.Sama-samalah kita fikirkan. Apa yang diutarakan adalah untuk kita fikirkan terutamanya kita sebagai mahasiswa/i.
sekian..



0 Komentar: